Saturday, March 10, 2018

Krisis air Selangor disebabkan Azmin




Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, semua kerana Azmin.


KHALID IBRAHIM SALAHKAN AZMIN DAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR KERANA SENGAJA LEWATKAN PENGAMBIL ALIHAN SPLASH DEMI KEUNTUNGAN SINGKAT

1. Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Namun nampaknya Dato’ Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian.Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

2. Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini. Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah.

3. Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada  Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.

4. Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/09/hannah-yeoh-takes-splash-to-task-for-selangor-water-woes/

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
9 March 2018

FAKTA

* Dari 2010 - 2018, Kerajaan Persekutuan telah melabur lebih RM22.3 bilion bagi menyediakan infrastruktur bekalan air di Selangor termasuk projek mitigasi dan skim penstrukturan semula industri air.

* Matlamat asal Kerajaan Persekutuan adalah bagi melengkapkan proses penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Selangor. Dengan itu perjanjian utama untuk penstrukturan semula telah ditandatangani pada 12 September 2014 melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan PKR Selangor, Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

* Berdasarkan perjanjian tersebut, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM14 bilion kepada kerajaan PKR Selangor untuk pengambilalihan 100% semua aset air (ambil alih ekuiti syarikat-syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri) bagi membentuk entiti tunggal iaitu Air Selangor. Tujuannya supaya senang untuk berurusan dengan satu syarikat berbanding banyak syarikat. Sebagai balasan, kerajaan PKR Selangor perlu menyerahkan aset-aset air kepada PAAB dan aset berkenaan akan dipajak semula oleh PAAB kepada Air Selangor berdasarkan ‘sewa pajak’ bagi tempoh 40 tahun, seperti yang dijalankan dalam penstrukturan industri bekalan air di negeri-negeri lain.

* Sekarang ini ekuiti tersebut telah dimiliki oleh kerajaan PKR Selangor dan sepatutnya wang pelaburan itu dibayar semula secara tahunan kepada kerajaan Persekutuan (tanggungjawab Air Selangor adalah membayar sewa kepada kerajaan Persekutuan (PAAB) dan bayaran sewa RM700 juta setahun itu sepatutnya dibayar sejak September 2016 tetapi tidak dibayar hingga sekarang).

* Sehingga kini perjanjian penstrukturan semula tersebut belum dilengkapkan oleh kerajaan PKR Selangor berikutan kerajaan PKR Selangor masih belum mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) untuk memuktamadkan pembentukan Air Selangor yang dimiliki kerajaan negeri.

Akibatnya:

- pelbagai inisiatif penaiktarafan aset dan infrastruktur secara berterusan seperti loji dan paip serta tangki air tidak dapat dilaksanakan,

- 761 permohonan pembangunan baharu termasuk perumahan, komersial dan industri yang bernilai kira-kira RM10 bilion terpaksa ditangguhkan sepanjang 2016 dan 2017 kerana SYABAS tidak dapat memberi jaminan bekalan air yang mencukupi,

- bekalan sering terganggu dan terputus hingga menjejaskan kehidupan rakyat di mana mengikut statistik Persatuan Air Malaysia pada tahun 2015 hampir 50% gangguan air seluruh negara berlaku di Selangor dengan 83,729 kes telah dilaporkan (margin simpanan bekalan air terawat di Selangor ketika ini begitu rendah iaitu pada paras 4% iaitu jauh ketinggalan berbanding paras margin yang baik sekitar 15 hingga 20%, mahupun margin simpanan yang dimiliki kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak 34.1% dan terdapat kira-kira 1,000 tangki air yang boleh dikatakan kosong atau tidak berfungsi sepenuhnya kerana margin simpanan air yang rendah),

- industri bekalan air Selangor tidak dapat dikawal selia secara efektif oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menambah baik kualiti perkhidmatan,

- Selangor tidak mendapat kemudahan kewangan bagi pembangunan infrastruktur aset air daripada PAAB yang lebih kompetitif berbanding pembiayaan komersial, dan

- kegagalan kerajaan negeri mengambil alih SPLASH turut menyebabkan sewa pajakan berjumlah lebih daripada RM700 juta setahun masih tidak dibayar kepada PAAB sejak 2014.

* Kegagalan kerajaan PKR Selangor menangani isu hutang tertunggak pembelian air terawat kepada SPLASH tersebut yang telah mencecah lebih RM4 bilion, setakat Januari 2018, telah menyebabkan SPLASH terpaksa mengurangkan bayaran kepada subkontraktor iaitu Gamuda Water dan Sungai Harmoni sehinggakan kedua-dua syarikat tersebut gagal menjelaskan bil elektrik tertunggak kepada TNB berjumlah RM53 juta, setakat September 2017, dan jumlah ini meningkat setiap bulan mengakibatkan TNB terpaksa memulakan tindakan prosiding mahkamah. Tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan bekalan air di Selangor secara keseluruhan.

Sumber:

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/rakyat-selangor-jadi-tebusan-1.620259

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/395430/selangor-guna-wang-pelaburan-pusat

http://www.nst.com.my/node/341137

http://www.nst.com.my/node/341115

http://www.nst.com.my/node/341118

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ikut-sahaja-pelan-saya-air-selangor-terus-percuma-khalid-ibrahim-64948

https://m.malaysiakini.com/news/415097?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

1 comments:

  • Ron Don says:
    March 11, 2018 at 8:58:00 AM GMT+8

    Nasib kau selangor, sendiri cari penyakit sendiri tanggung. Lepas ni undilah lagi Pakatan (Xde) Harapan..bole mandi setahun sekali.

fda

Archives