Sunday, September 3, 2017

PPBM Perak bergolak, Ngah Nga hilang sabar ugut keluar PH Perak?


Ingatkan dengan kesediaan semua pelbagai parti menerima Faizal Dato Azumu @ Peja sebagai Pengerusi PH Perak akan menguatkan penerimaan ahli akar umbi PPBM kepadanya sebagai Ketua PPBM Perak.

Rupanya sudah mula kecuh dengan pelbagai pihak terpaksa menyuarakan sokongan.

Bersatu Youth rally behind Harapan chief in Perak amid tensions
https://m.malaysiakini.com/news/393946

Ini agak menghairankan kerana kelihatan usaha untuk promosi Peja oleh Msia Kini.

Mengapa pilih Ahmad Faizal di Perak?
https://m.malaysiakini.com/news/393833#6LLDSwYCZK1UrEO2.97

Mungkin perlu promosi sebab banyak tak puashati.

PAN pun seolah terima Nizar pilihan Ngeh-Nga atau Asmuni tidak dipilih sebagai Ketua:

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Negeri Perak

TAHNIAH AHMAD FAIZAL AZUMU, AYUH MARA BERSAMA!

1. Pemuda AMANAH Negeri Perak melahirkan rasa gembira dengan perkembangan terkini Pakatan Harapan yang semakin menunjukkan kesepaduannya. Struktur organisasi gabungan keempat-empat parti di peringkat teringgi telah pun selesai, dan semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengumumkan senarai Pengerusi di peringkat negeri-negeri.

2. Kami menyambut baik perlantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak. Biarpun baru sahaja mengenali dan bekerja bersama beliau, namun kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dalam satu pasukan di bawah naungan Pakatan Harapan.

3. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Perak itu diyakini mampu mengetuai dan bergerak seiring bersama pimpinan-pimpinan lain yang sangat berpengalaman seperti Asmuni Awi, Nga Kor Ming, Dr Muhammad Nur Manuty, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan ramai lagi. Kunci utama Pakatan Harapan adalah gerak kerja secara bersama dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain demi mencapai matlamat utama.

4. Bagi Pemuda AMANAH Perak, kami meletakkan harapan yang tinggi kepada pimpinan Pakatan Harapan Perak dalam usaha memastikan gerak kerja keempat-empat parti dapat berlangsung dengan jayanya. Disamping itu, kami sangat yakin kesatuan Pakatan Harapan dapat mencapai kesepakatan dalam semua aspek termasuklah pembahagian kerusi secara adil, pengaturan tugas secara kolektif, dan sebagainya.

5. Kami sangat optimis Pakatan Harapan mampu mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat satu ketika dahulu apabila mencatat satu sejarah besar apabila berjaya menubuhkan kerajaan pada tahun 2008. Pemuda AMANAH Perak juga yakin, rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti bagi memastikan kerajaan kleptokrasi dijatuhkan seterusnya membina satu kerajaan baru yang lebih amanah dan bertanggungjawab.

Ayuh, kita mara bersama, bergerak seiring menggalas harapan rakyat!

HASNUL ZULKARNAIN
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak
(31 Ogos 2017)

Adakah perkara 3 satu sindiran atau benar2 ikhlas?

Kritikan yang amat jelas adalah dari bekas Pendaftar PPBM Perak yang terlibat memulakan PPBM.

*SIAPAKAH FAIZAL AZUMU DI AWAL PENUBUHAN PPBM PERAK

Ketika PPBM wujud di Perak peranan mencari ahli telah diamanah kan kepada Dato' Hamidah Osman dan dibantu oleh saya sebagai Pendaftar PPBM Negeri Perak .

Pada peringkat awal PPBM telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan rakyat untuk menyertai PPBM sehinggakan UMNO merasa amat tercabar dengan kewujudan PPBM di Negeri Perak.

Sehingga lah pada bulan Disember 2016,  Perak merupakan  negeri yang ketiga berjaya mengumpulkan keahlian yang teramai .

Setelah berjaya mengumpul keahlian yg ramai , Dato' Hamidah Osman yang juga dilantik sebagai Ketua Penyelaras PPBM Negeri Perak diamanahkan sekali lagi untuk menyusun Jawatankuasa PPBM di 24 Bahagian di seluruh Negeri  Perak. Sekali lagi saya turut membantu,  sehingga lah PPBM berjaya mewujudkan 24 bahagian di Perak pada bulan Mac 2017.

Ketika itu , saya sendiri telah mencadangkan kepada Dato' Hamidah Osman supaya meletakkan Saudara Faizal Azumu dimana-mana bahagian sebagai Ketua Bahagian. Pada mulanya diletakkan di Kuala Kangsar namun ditolak oleh Faizal Azumu dengan alasan sibuk di Kuala Lumpur dengan tugas-tugasan lain. Selepas itu dicadangakan beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh Barat namun ditolak kerana ahli tidak ramai dan akhirnya Faizal Azumu bersetuju ke Tambun yang mana jawatan itu ditawarkan oleh Saudara Mubin Salleh setelah Saudara Asmadi mengundurkan diri sebagai Ketua Bahagian Tambun.

Ketika itu,  saya agak terkejut dengan penerimaan jawatan tersebut oleh Saudara Faizal Azumu , walhal pada peringkat awal beliau menolak untuk memegang apa apa jawatan di mana-mana bahagian di Negeri Perak.

Ketika saya bersama Dato' Hamidah Osman menghantar senarai Jawatankuasa Bahagian kepada SUA PPBM di ibu pejabat PPBM di Damansara pada bulan Januari 2017 ,  kami terserempak dengan Saudara Faizal Azumu dan ketika itu beliau memang langsung tidak mengendahkan perkembangan PPBM di Negeri Perak walhal ketika itu saya bersama Dato' Hamidah Osman bertungkus lumus untuk memastikan  Bahagian-Bahagian PPBM di Perak di wujudkan dengan kadar segera.

Untuk Pengetahuan semua,  Saudara Faizal Azumu tidak pernah mengambil peduli tentang PPBM Perak dari awal kewujudan sehinggalah beliau di lantik sebagai Pengerusi PPBM Perak pada awal April 2017 dan sehinggalah ke hari ini beliau jarang mengambil tahu hal ehwal dan permasalahan di setiap bahagian. Rakan - rakan lama saya yg masih di dalam PPBM sering mengadu akan perpecahan dalaman dan sikap tidak peduli saudara Faizal terhadap pemimpin PPBM Negeri Perak .

Ketika perlantikan Saudara Faizal Azumu di peringkat awal dahulu,  telah berlaku bantahan daripada 16 Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak termasuk Ketua Armada Mubin Salleh dan  Penyelaras Srikandi Negeri , keseluruhannya 18 orang (Salinan Surat Bantahan ada pada saya) dan dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sesalinan kepada Tun Mahathir serta Setiausaha Agong PPBM. Sehingga hari ini bantahan kami langsung tidak dilayan dan tiada jawapan bertulis daripada mereka.

Selepas mengantar bantahan bertulis , 16 Ketua-Ketua Bahagian PPBM juga telah membuat pertemuan dengan Tun  Mahathir di Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana sehari selepas diumumkan Saudara Faizal Azumu dilantik sebagai Pengerusi PPBM Negeri Perak  dan kami telah mengemukakan tentang bantahan terhadap perlantikan Faizal Azumu. Pada hari yang sama saya juga telah menghantar mesej kepada Faizal Azumu bahawa kami ingin membuat pertemuan antara  Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak bersama Saudara Faizal dan pada awalnya beliau setuju untuk hadir namun pada keesokkan harinya beliau memaklumkan beliau tidak akan hadir pada pertemuan tersebut dan kata nya pertemuan hanya akan berlaku setelah Mesyuarat Jawatankuasa PPBM Negeri dijalankan. Begitulah sombong nya Saudara Faizal.

Dengan tindakan membatalkan pertemuan tersebut ini membuktikan bahawa beliau tidak cukup berani dan begitu sombong untuk berdepan dengan Ketua-Ketua Bahagian PPBM ketika itu.

Juga saya ingin memaklumkan  perlantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak adalah atas pilihan Tan Sri Muhyiddin dan setelah berlaku bantahan... Tan Sri juga tidak bertanggungjawab dengan membiarkan PPBM Perak terus bercelaru sehingga ke hari ini.

Di peringkat awalnya Dato' Hamidah ketika mesyuarat Majlis Presiden PPBM memohon Tan Sri bertemu dan berbincang dengan Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak bagi memaklumkan perlantikan Faizal Azumu kerana Dato Hamidah sudah dapat menghidu penolakan Saudara Faizal sebagai Ketua PPBM Negeri Perak.

Namun Tan Sri Muhyiddin membiarkan begitu sahaja malahan tidak mengendahkan permintaan dan cadangan Dato' Hamidah untuk menjernihkan pergolakan PPBM Negeri Perak.

Untuk pengetahuan semua.. Sehingga hari ini masih ada kumpulan ketua ketua Bahagian PPBM Negeri Perak sedang cuba mendapatkan tarikh untuk bertemu Tun Mahathir bagi meneruskan bantahan terhadap pelantikan Saudara Faizal sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Perak.

Di akhir kalam saya menyatakan disini bahawa saya langsung tidak bersetuju dengan perlantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi Harapan kerana saya bimbang kerahsiaan Pakatan Harapan mudah bocor kerana beliau merupakan menantu Dato' Radzi Manan iaitu Ketua UMNO Bahagian Kampar merangkap Pengerusi Biro Latihan BN Perak dan abang ipar kepada Norlee EXCO Perak. Saya bimbang dengan tindak tanduk Faizal Azumu yang mungkin akan menjadi api dalam sekam kepada Pakatan Harapan .

Sekian.

Azrul Suhadi
Bekas Pendaftar PPBM Perak
1/9/17

Tidak heran jika ada bahagian-bahagian PPBM mahu tutup.

Mereka sudah lama tidak puashati dengan cara TSMY urus dan camportangan untuk ketepikan usaha san pilihan akarumbi.

Ngeh Nga yang sebenarnya menguasai PH di Perak pun sudah hilang sabar dan arah Peja selesaikan masaalah dalaman PPBM.

Mungkinkah DAP dan PAN Perak akan keluar saja dari pakatan ini akhirnya????


1 comments:

  • Anonymous says:
    September 3, 2017 at 1:42:00 PM GMT+8

    pan bakal jadi tahik.

fda

Archives