Sunday, May 21, 2017

Bekas Setpol sahkan usaha ganti Midin dengan kroni Tun?



*KENYATAAN MEDIA*

*PPBM NEGERI JOHOR BERDIRI TEGUH BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN YASIN, DAN MENGECAM KEBIADAPAN PPBM NEGERI PERAK*

Kami selaku Ketua Pendaftar PPBM Negeri Johor, Ketua- Ketua Penaja PPBM Bahagian seluruh Negeri Johor dan Pendaftar PPBM Bahagian- Bahagian Negeri Johor mengecam keras *KEBIADAPAN* Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Ketua-Ketua Bahagian PPBM Negeri Perak yang kurang ajar dan tidak tahu menghormati Timbalan Presiden PPBM Tan Sri Muhyidin Yasin.

Kerja jijik dan kotor yang dilakukan hanya untuk menggulingkan Timbalan Presiden dan ditukar kepada *KRONI TUN DR MAHATHIR* amat tidak disenangi seluruh Pimpinan Akar Umbi PPBM di Negeri Johor.

Kami mengecam sikap berdolak dalih, mengatur pimpinan, memberi jawatan untuk kroni, rasuah untuk mendapatkan jawatan serta tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Kami PPBM Negeri Johor tegaskan bahawa akan meneruskan kerjasama politik dengan *PAS* terutamanya di Johor untuk menumbangkan *UMNO*. Tanpa kerjasama dengan *PAS* mustahil *UMNO* dapat ditumbangkan di Johor.

Sekiranya PPBM Negeri Perak meneruskan desakan agar Timbalan Presiden Tan Sri Muhyidin Yasin meletakkan jawatan, seluruh Pimpinan dan Ahli akar umbi PPBM NEGERI JOHOR akan melepaskan Jawatan dan umum *KELUAR PARTI* secara besar-besaran.

*DATO' MARZUKI*


Ada pihak mengatakan ini adalah kerja Hamidah Osman kerana kenyataan semalam adalah dari adik iparnya:

Jika kenyataan ini benar, sudah ada pergeseran antara penyokong Tun M dan Muhyiddin seperti dijangka dari awal.

Pentingnya kenyataan ini adalah "akuan" bahawa pihak PPBM Johor akan engkar dengan Tun untuk kerjasama dengan PAS di Johor!

Ikuti balik kenyataan semalam di

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/05/video-pc-semalam.html
Adakah Dr Marzuki sudah tinggalkan pekerajaan sebagai pensyarah di IPTA untuk kembali membantu Muhyiddin ????

0 comments:

fda

Archives