Wednesday, November 23, 2016

Kesian ... miskinnya SEMUA rakyat Malaysia

Setiap kali kita dengar retorik parti cap bunga dan parti-parti lain, ia menggambarkan seolah-olah SEMUA rakyat miskin papa kedana. Tak patut ditarik balik subsidi dan dikenakan GST sebab rakyat perlu ditanggung segala-galanya.

Mereka tidak setuju subsidi dan bantuan kerajaan dijuruskan kepada hanya orang yang betul-betul miskin. Menurut mereka, SEMUA rakyat Malaysia miskin dan perlu ditanggung sara hidup mereka.

Betulkah rakyat SEMUA dah jatuh miskin?


Itu suasana rakyat Malaysia berebt nak bbeli Adidas RM999 pada Isnin lepas. Kasut berharga hamir seribu yang jadi rebutan, bukan yang harga RM9.99 atau RM99.90.

Semua orang Melayu begitu melarat sejak GST dan penarikan subsidi petrol, mintak makan dan bakal LPG. Begitu melarat hingga ramai betul ke Umrah di Mekah untuk meluahkan perasaan di tanah suci mengenang kemelaratan hidup:


Tersepitnya orang Melayu
https://seademon.me/2016/11/22/tersepitnya-orang-melayu/
 Begitulah tersepitnya orang Melayu. Ini belum cerita mengenai beg LV yang dibeli di Malaysia untuk dibawa ke pejabat, bercuti di Korea, baby shower, bachelor party, iPhone terbaharu, kopi di kedai kopi hipster dan reload prepaid untuk data agar boleh meroyan di Internet menceritakan betapa terhimpitnya mereka ini.

Semua salah Najib hingga ringgit pun tak boleh diterima sana sini, kata penggiat PPBM di Snapshot 2016:
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/11/ahli-parti-cap-bunga-patut-dikenakan.html

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 23, 2016 at 10:22:00 AM GMT+8

    Jangan nak temberang sangat lah! Cuba kira berapa orang yg berebut talipon mahal tu? Dan berapa ramai pulak orang Malaysia ke umrah.Bahagi dgn 30 juta org rakyat.Sangat2 ciput lah, kan? Bandingkan dengan angka2 tahun2 lepas.Baru lah nampak kebenaran.Cukup2 menipu aje.Cukup!����

  • Anonymous says:
    November 23, 2016 at 10:44:00 AM GMT+8

    Penduduk Malaysia berapa ramai?
    Yg beli kasut mahal tu, pergi umrah dan bebagai lagi berapa kerat?berapa % drp jum penduduk.Tahun2 lalu berapa ramai org pergi umrah? Tolong jangan beri fakta2 yg tak mantap.Rakyat bukan bodoh la ni.

  • Anonymous says:
    November 23, 2016 at 11:45:00 PM GMT+8

    Mana boleh bandingkan dgn 30juta rakyat Malaysia.Kena asingkan Islam dan kapir baru dapat peratusnya.Cerita pasal beli kasut sampai berebut-rebut dgn harga mahal boleh pula.Teruk sangatkah ekonomi Malaysia ini sampai sepasang kasut yg harga rm999 boleh berebut beli?

fda

Archives